Selasa, 01 September 2009

Cara Nutrien Bekerja

Nutrien daripada makanan diserap oleh badan semasa ia melalui sistem pencernaan:

  • Nutrien amat penting untuk pertumbuhan, penyenggaraan dan pembaikan sel.
  • Nutrien menyediakan tenaga untuk membolehkan badan anda berfungsi secara berkesan.
  • Nutrien, bersama serat dan air adalah penting bagi kesihatan anda.

Walaupun nutrien boleh bekerja secara sendirian, setiap satu bergantung kepada yang lain untuk menjadi paling berkesan. Nutrien utama adalah makronutrien, karbohidrat, protein, danlemak – dan mikronutrien, vitamin dan mineral.

Milkthistle, kranberi, daun bayam dan ceri acerola

Apa yang Dilakukan oleh Makronutrien

Makronutrien Penting untuk Kesihatan yang Baik:

  • Mereka membantu menguraikan karbohidrat dan lemak, yang memberi tenaga kepada badan.
  • Mereka membantu dalam penyerapan protein, yang menyediakan blok binaan yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel.

Apa yang Dilakukan oleh Mikronutrien

Vitamin dan mineral tidak, dalam dirinya, memberi tenaga, tetapi makronutrien bergantung kepada mereka untuk mengawal pembebasan tenaga dari makanan.

  • Vitamin adalah bahan organik.
  • Mereka mengaktifkan enzim, iaitu protein yang menjadi mangkin untuk melajukan reaksi biologi yang berlangsung di dalam badan.
  • Badan anda mengeluarkan suatu jumlah vitamin D dan K, tetapi semua vitamin lain diambil dari diet atau makanan tambahan anda.

Mineral adalah bahan tak organik yang berasal daripada batu dan bijih dan memasukki rantai makanan melalui tanah.

  • Kita mendapat mineral samada dengan memakan tumbuhan yang ditanam di atas tanah yang kaya dengan mineral atau dengan memakan haiwan yang telah memakan tumbuhan ini.
  • Kalsium, magnesium dan phosphorus adalah juzuk yang utama di dalam tulang.
  • Sodium dan potassium mengawal keseimbangan air di dalam badan anda.
  • Mineral lain (kromium, zat besi, dan magnesium) diperlukan untuk perjalanan berbagai proses kimia di dalam badan.
  • Asid Lemak Omega
  • Fitonutrien, juga disebut sebagai phytokimia, adalah kompaun yang bertindak sebagai sistem pertahanan semulajadi di dalam tumbuhan, dan yang juga mempunyai kesan yang bermanfaat ke atas kesihatan manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar