Selasa, 01 September 2009

Mengapa Nutrilite?

sejarah

Seorang Lelaki, Carl F. Rehnborg

Sebelum tahun 1934, tiada seorang pun mengetahui mengenai tambahan multivitamin/multimineral. Manusia mendapatinya sukar untuk mengetahui apakah mereka mendapat nutrien yang mencukupi dalam diet harian mereka.

Kemudian, Carl Rehnborg, pengasas jenama NUTRILITE™, telah mencipta produk pemakanannya yang pertama – dan menjadi perintis dalam sejarah pemakanan.


Impian Beliau

Semasa tinggal di China pada awal tahun 1920an, Carl Rehnborg mendapati, sambil beliau berada di tengah-tengah kemelut penyakit dan pemakanan tidak seimbang yang sukar dilupakan, hubungan yang penting antara makanan yang dimakan dan tahap kesihatan keseluruhannya.

Buahan dan sayuran bagi tambahan vitamin mineral Nutrilite
  • Dalam komuniti perladangan, di mana buahan dan sayuran segar banyak didapati, manusia lebih sihat pada keseluruhannya.
  • Di bandar, di mana diet melibatkan gula, garam dan lemak yang berlebihan, Carl mendapati bahawa terdapat lebih banyak kejadian penyakit segera yang kritikal, seperti skurvi dan beriberi.

Semasa pergolakan politik di Shanghai, Carl berlindung di sebuah enklaf yang terpencil. Di sana, beliau memikirkan idea menggunakan elemen pemakanan yang tidak mencukupi dalam diet yang tipikal, sebagai satu cara untuk meningkatkan kesihatan keseluruhannya.

  • Carl menambahkan dietnya yang tak seberapa dengan sup daripada apa yang sedia ada: herba tempatan, rumput, dan sayuran, bersama dengan paku yang berkarat (untuk zat besi), dan batu kapur serta tulang binatang yang dikisar (untuk kalsium).
  • Beliau berkongsi buburnya dengan beberapa orang kawan, walaupun rasanya jauh sekali daripada sedap.
  • Sebulan kemudian, Carl dan kawan-kawannya yang telah memakan bubur yang kaya dengan nutrien itu keluar daripada enklaf itu dalam keadaan yang lebih sihat berbanding dengan mereka yang telah memakan hanya makanan tentera yang dicatu.

Sekembalinya ke Amerika Syarikat, Carl telah membina sebuah makmal kecil di Pulau Balboa California, di mana, buat enam tahun seterusnya, beliau telah mengendalikan eksperimen menggunakan pelbagai jenis tumbuhan yang berbeza.

  • Beliau telah memajukan cara untuk mengeringkan tumbuhan sambil mengekalkan nutrien pentingnya.
  • Beliau telah mencipta perumusan alfalfa, selada air dan pasli, yang telah menjadi asas bagi produk pertamanya.
Petani di ladang, menanam milkthistle , menanam alfalfa

Akhirnya, Carl Rehnborg telah mencipta makanan tambahan multivitamin/multimineral pertamanya yang dijual di Amerika Utara.

Warisan Kami

Sejak tahun 1934, apabila produk pertama NUTRILITE diperkenalkan, syarikat telah menjadi pemimpin dalam penyelidikan, pembangunan, dan inovasi pemakanan.

Hari ini, di bawah kepimpinan anak lelaki Carl, Dr. Sam Rehnborg, generasi ahli sains seterusnya, penyelidik, dan juruteknik tetap memelihara warisan kekayaan Nutrilite – dengan meneruskan usaha untuk menghasilkan makanan tambahan yang berkualiti tinggi dan inovatif.

Disebabkan mereka dibuat daripada pekatan tumbuhan keseluruhannya, banyak makanan tambahan NUTRILITE mengandungi fitonutrien yang banyak.

Melalui kisah hidupnya, Carl Rehnborg percaya bahawa ini adalah cara yang optimum untuk mencapai pemakanan yang baik – sebagaimana yang telah diniatkan oleh alam semulajadi.

Carl F. Rehnborg, Nutrilite Double X Rich DeVos Jay Van Andel

Lebih 8.5 bilion tablet NUTRILITE, kapsul berkulit keras, dan kapsul gel lembut dihasilkan setiap tahun.

Peluang Baru

Carl mula menjual makanan tambahan barunya menggunakan pendekatan orang ke orang , kawan ke kawan, melalui rujukan mulut ke mulut.

Apabila kebanyakan pelanggan awal mula merujuk pelanggan baru kepada Carl, beliau mencadangkan agar mereka menjual produk itu sendiri dan memberi mereka ganjaran dengan diskaun bagi pembelian mereka.

Carl bukan sahaja telah mencipta multivitamin/multimineral tambahan yang pertama dijual di Amerika Utara, tetapi beliau juga telah merintis sistem pemasaran berbilang tingkat– dan model perniagaan revolusi baru yang masih digunakan hingga ke hari ini.

Dua orang yang telah memandu jenama NUTRILITE kepada kejayaannya hingga ke hari ini ialah Rich DeVos dan Jay Van Andel. Rich dan Jay telah mengedarkan produk NUTRILITE selama 10 tahun sebelum mereka mengasaskan Amway pada tahun 1959, oleh itu mereka amat berdedikasi terhadap kualiti produk tersebut dan komited terhadap integriti jenama tersebut.

Hari ini, jenama NUTRILITE dijual secara eksklusif melalui Pemilik Perniagaan Bebas Amway dan Quixtar di seluruh dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar